Dear
E-Diary,
Bercerita
pasal cinta jarak jauh nih, banyak cabarannya dugaanyaa.
So, pagi
tadi selak-selak majalah ‘Wanita’, adalah terbaca 1 slot nih :
‘Cinta Jarak
Jauh’
‘elakkan 3
perkara ini’
Maka dengan
gopoh gapahnya aku teruskan pembacaan aku.
Maklumlah,
i’m part of the topic.
Cinta utara
selatan. Yeahhhh, memang perit.
Okay, jom
baca!
Hubungan jarak jauh selepas berkahwin
memang memeritkan dan banyak cabaran. Meski ramai yang tidak merelakan ia
terjadi namun tuntutan kerja ada kala menyebabkan anda hidup terpisah suami
isteri.
Bagi menjaga keharmonian rumah tangga
ini harus dilalui maka anda perlu mengelakkan perkara berikut :
1. Cemburu Buta
Cemburu dalam perkahwinan adalah satu
perkara yang biasa tetapi jika keterlaluan, ia mampu mengundang bahaya.
Lebih-lebih lagi apabila anda dan pasangan tidak selalu bertentang mata. Oleh
itu, cuba buang jauh-jauh perasaan cemburu seperti ini. Biasanya ia berpunca
dari kurangnya rasa percaya terhadap pasangan mahupun diri sendiri. Oleh itu,
perbaikilah kelemahan tersebut demi kesejahteraan keluarga anda ya !
2. Menyimpan Rahsia
Perkahwinan seharusnya berlangsung
secara telus. Dalam erti kata lain, tiada perkara yang perlu dirahsiakan,
lebih-lebih apabila anda dan pasangan berjauhan. Jangan sekali-sekali
menyembunyikan rahsia dari pasangan. Mungkin satu masa nanti apabila diketahui
sendiri, anda juga yang terpaksa menahan telinga kerana tercetusnya ‘perang
dunia kedua’.
3. Percaya Khabar Angin
Nama pun khabar angina jangan jadi
cepat terima bulat-bulat. Timbang dengan baik sebelum membuat sebarang
penilaian. Mungkin ia fitnah yang sengaja ditup bagi menguji sejauh mana cinta
dan kepercayaan anda tehadap pasangan. Jalan terbaik adalah melakukan sedikit
penyiasatan. Mungkin anda boleh tanyakan kepada pasangan sekiranya berita
tersebut benar-benar mengganggu kehidupan seharian.
Okay, habis
! Tips nih uuntuk mereka yang dah berumahkan tangga. Hee.
Btw, boleh
jugak apply untuk hubungan sebelum perkahwinan. Tapi yang paling penting adalah
TRUST !
Kan ?
Done for
this entry.
Sekian. :)