Dear E-Diary,
Untuk sem nih, aku terpaksa membuat pengeluaran akaun 2 KWSP parent aku sebab ta dapat2 apa-apa loan sepanjang semester nih. Mungkin ada yang tertanya-tanya macamana nak buat pengeluaran kan. So, nak share lah sikit pengalaman nih.
Aku buat pengeluaran untuk pembayaran yuran pengajian dekat UKM. Kira prosedur yang aku terangkan nanti nih adalah mengenai bayaran secara terus ke bendahari UKM.
Pertama sekali, download Borang KWSP 9H (AHL)
Boleh klik jea dekat situ.
Then, dari situ, korang boleh tengok checklist apa yang kena ada.
Kemudian, sediakan semua dokumen yang diminta.
Kad Pengenalan Ibu/Bapa
Kad Pengenalan Pelajar
Surat Beranak
Surat Tawaran Belajar
Surat Pengesahan Belajar di Universiti
(yang nih korang boleh ambil borang dekat bendahari, isi dan hantar dekat diorang balik)
Semua salinan tuh kena sahkan. Tapi dekat pejabat KWSP sana nanti pun ada pegawai yg boleh copkan.
Tempoh proses dalam 21 hari masa bekerja.
Lepas 2 or 3 hari korang buat permohonan, try call KWSP tanya macamana proses permohonan sebab takut ada apa-apa masalah and nanti melambatkan proses. Okay ? ;)
Sekian. XD