Dear E-Diary,
Happy gila hari nih sebab dapat menawan Bukit Broga. Jealous tengok kawan-kawan yang lain pergi, membuak-buak perasaan nak pergi. Finally it is today. :) Terima kasih lah diucapkan buat En Syafiq Mohamad Baharudin yang terpaksa mengikut jea kehendakk budak sorang neh.
At first sampai, cehh, konfiden jea. Tak sampai berapa langkah dah semput. Sumpah rasa give up dah taknak teruskan. Yelah, mau pengsan akudibuatnya. Tapi berbekalkan semangat, keazaman dan sokongan dari En Syafiq kita, berjaya jugak sampai tiga-tiga check point. Sumpah penat. Tapi PUAS ! Bak kata orang tuh, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian".
Cerita pasal Bukit Broga nih, aku pun taktau kenapa tetiba jea bukit nih boleh jadik famous. Tahun-tahun sebelum nih, takde pulak dengarcerita pasal Broga nih atau aku yang ketinggalan?
Bosan-bosan tadi aku google lahh pasal Bukit Broga nih. En Wikipedia cakap :
"Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga. Beroga berasal dari kata Buragas, iaitu rasaksa yang sangat besar dan ganas, hidup di dalam tanah, sesekali keluar mandi di kawasan air terjun. Tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut dan memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman."
Macam seram jea bunyik nya kan kan.
Tadi masa sampai check point 3. Dia tulis kat situ : Bukit Broga, 400m. Perghhh, tinggi kot. Bagi aku laahh. Mana lah tak tercungap-cungap aku dibuatnya. Then aku terfikir takde ke kemalangan yang pernah berlaku kat sini. Mustahil laah tak pernah. Curam kot bukit-bukit dia. Lagi-lagi masa nak turun. Aku punya lah excited masa nak turun. Siap lari-lari. Yelah, turun boleh cerita laah. :D Tapi serius bahaya kot. Katalahh tengah-tengah turun tuh tergelincir, masa lari-lari kaki tersadung. Tak ke naya.
Tadi agak ramai lah jugak orang. Tengok ramai budak-budak kecik pun semangat nak mendaki. Bagus parents dorang, ajar anak-anak dorang mengembara keindahan bumi nih selain dapat jaga kesihatan tuh. Yelahh, zaman sekarang mak bapak sibuk bagi anak dorang Ipad lah, Samsung Galaxy Tab laah. Tak salah cuma patut bagi minda dorang nih berkembang dengan dunia luar. Haishh. Ehh, lari topik sudah. :D
Yang sedih, tak dapat amik gambar pemandangan kat Broga. Yelahh, dah penat tak ingat apa. So pada sesiapa yang belum pernah mendaki Bukit Broga, aku suggestkan korang kuatkan mental dan fizikal korang sebelum pergi. Hehehehhh. GOOD LUCK !
Sekian :)