Dear E-Diary,
Berkurun dah tak menjenguk blog nih. So starting today, kena buat marathon mengepost. Mana taknya, banyak dah post yang dah tertangguh.
Berbalik pada tajuk post kali nih. 'Handmade Aiskrim Goreng'. Aku sebenarnya salah seorang peminat tegar benda alah nih. Tapi makin lama makin mahal pulak harga dia sekarang. Selalu pergi asar malam khamis semata-mata nak beli aiskrim nih jelaahhh.
Dulu harga dia - RM1.80 - RM2.00 - RM2.10 - RM 2.20 dan sekarang RM2.30.
Oleh kerana kenaikan harga aiskrim goreng yang secara berterusan ala-2 inflasi uh, aku pun bercadang nak buat sendiri. Google punya lah google last-2 jumpa. Senang jea rupanya !
![]() |
Sumber gambar google sahaja. |
Pergghhhh, gila menyelerakan. So kat sini aku nak share lah cara-2 nak buatnya.
1. Korang kena lah sediakan bahan-2 nya seperti aiskrim (any flavour) dan roti ala-2 gardenia. Yang nih bahan mentahnya.
2. Sediakan cawan ke apa untuk bentukkan roti uh.
So dah ada semua ? Jom start !
1. Korang letak aiskrim kat roti tuh. Agak-2 ah, jangan banyak sangat.
2. Aiskrim uh korang cuba bulat-2 kan dia bia nanti tak leper.
3. Letak 1 lagi keping roti atas uh. Kira kepitkan aiskrim uh.
4. Guna mulut cawan, tekapkan dekat roti uh. Nak dapatkan bentuk macam kat atas uh.
5. Then, kemaskan tepi roti tuh macam buat karipap uh.
6. So, dah terbentuk lah korang punya aiskrim goreng.
7. Lepas buat terus freeze kan dalam peti sejuk. Sebab masa buat tuh aiskrim uh dalam proses pencairan kan.
8. Sebelum goreng, pastikan dia sejuk beku.
9. Goreng ala-2 deep fry. Sekejap jea. Rasa-2 dah kekuningan dah boleh angkat.
10. Finally, serve and enjoy !1.
Sekian, terima kasih. XP