Dear E-Diary,
Sedar tak sedar, dah dekat setengah tahun tunggalkan Kolej Matrikulasi Perlis. Lecturer, senior selalu cakap lepas jea keluar dari matrik, kita mesti rindu sangat-sangat kenangan setahun dekat sana. Yes, I admit it. Dulu tak sabar-sabar nak habis matrik sebab tertekan nak kena belajar jea. Btw, itu untuk masa depan kitaa jugak kan ?
Bila kat matrik, nak sangat cepat-cepat habis. Seminggu jea lepas uh, dah mula rindu semua benda kat KMP. Adat dunia. Bila ada, taknak. Bila takde, baru tercari-cari. Kan kan?
Dah pulak tuh, bila masuk U nih baru kita sedar betapa untungnya life kat matrik dulu. Yuran pernah bayar sekali jea. Tuh pun RM400+. Sekarang takyah cerita laah. Kemudahan yang ada kat matrik much better than apa yang ada kat UKM. Free pulak tuh. Tapi nak buat macamana, sekarang kita bukannya lagi bergelar student matrikulasi, now we are degree students.
Dunia sekolah, dunia matrikulasi, dunia universiti masing-masing berbeza. Sekarang nih pun aku still tak dapat nak sesuaikan diri dengan kehidupan universiti. Maklumlah, aku nih bukan jiwa study. Imagine, boleh dikatakan kesemua yang masuk UKM neh 4.0 scorer. Gila tak gila. Aku nih nasib jea tercampak kat UKM nih, duduk dalam kalangan orang bijak pandai. Agak stress lah bila keliling kita semuanya budak-budak pandai dan kita yang slow nih nak bergaul dengan diorang. Sumpah rasa slow jea diri nih.
Apa pun, nak seribu daya, taknak seribu dalih kan. :)
Sekian.