Dear E-Diary,
Starting from today, aku dah azamkan kat diri aku untuk mengepost dengan lebih kerap. Yeaahh ! :D Actually, blog nih adalah sebahagian daripada assignment untuk website. So, nak taknak memang kena bagi komitmen dekat blog nih.
Ohh yaa, masa dekat 'MY 1ST POST' uh, aku ada cakap next post akan ada sesi perkenalan empunya blog kan. Tapi tak sempat na update tentang diri aku sebab aku sendiri pun taktau macamana nak describe diri aku. Heheheh. :D
Okaylah, nama yang mak ayah aku bersepakat na bagi kat anak kedua dia yang lahir pada 20 November 1993 ialah NURSAFFALIEANTI BINTI OTHMAN. Yaa yaa, kinda of weird name. Nak buat macamana, dah diorang nak bagi. But guess what? Aku berbangga dengan nama nih. Sebab apa? Orang akan lebih senang nak kenal, nak ingat. For short, orang akan panggil aku SAFFA. Ada jugak yang gatalgatal na panggil 'Yanti'. Ha, memang na mengharapkan hempukan aku laah kalau panggil aku sebegitu rupa. Siblings aku yang lain :
Nursaffaliyana Bt. Othman, 20
Nursaffaizzani Bt. Othman, 14
Muhammad Saufi B. Othman, 7
Tuh kalau kawankawan kitorang call or datang rumah carik kitorang kena tanya 'Saffa 1, 2 atau 3 ?' Sebab tetiga semua panggil Saffa kecuali saudara mara kitorang.
| Saffa 1, Saffa 2, Saffa 3 |
Masa aku tengah menaip post nih, actually berderet task, tutorial menunggu aku. Tapi aku gagahkan diri untuk berblogging. Nampak tak semangatnya di situ. :D
Cerita pasal latar belakang study pulak.
Masa sekolah rendah dulu dekat Sekolah Rendah Taman Dato Harun 2, Petaling Jaya. Pencapaian tertinggi aku masa tuh adalah mendapat gelaran 'Pengawas Tergarang'. Hhahah. Masa doludolu, memang aku agak kasar, ganas. Sampai dilabel anti lelaki. Tapi tuh semua kisah silam aku. Bebudak lagi masa uh. Okay, naik secondary school pulakk hilang lah semua keganasan, kegarangan yang ada dalam diri aku. Dan mulalahh terbit keayuan dalam diri ini. Act takdelah ayu sangat. Tapi nampak lah keperempuanan tuhh. Hee. Sepanjang kat SMK Taman Dato Harun, Petaling Jaya takde yang interesting sangat. Cuma rindu kenangan sekolah. :) Ha, masa sekolah menengah aku memang suka memontengkan diri. Alasan ? Tak siap kerja sekolah. Tapi alasan yang akan diberi, kasut basah. Dan mulalah ceramah demi ceramah diberikan oleh cikgu-cikgu tersayang. Missing them so much. :)
![]() |
| SK Taman Dato Harun 2 |
![]() |
| SMK Taman Dato Harun |
Habis cerita pasal sekolah.
Ingat dah taknak sambung study, nak kahwin terus. Hhahha. Tapi malangnya takde sape yang nak, terpaksa sambung pergi belajar kat Kolej Matrikulasi Perlis. :D Macam kat entry bawah nih. Dan sekarang, aku berada dekat Universiti Kebangsaan Malaysia. Takde apa kot nak cerita sebab baru jea lagi kan.
Sekian :)





