Dear E-Diary,
Hari ini aku nak share pasal 'SUICIDE' ataupun 'BUNUH DIRI'. Aku ingat nak jadikkan topik nih sebagai topik untuk Academic Communication. So, marilah kita share bersama-sama tentang masalah bunuh diri ini.
Bunuh diri ialah perbuatan untuk menamatkan atau menghilangkan nyawa diri sendiri. Ianya boleh dilakukan dengan pelbagai cara, dengan cara fizikal luaran, dalaman atau kedua-duanya sekali.
Contoh cara luaran iaitu membakar diri sendiri atau cara dalaman dengan menyuntik racun ke dalam badan sendiri. Penyebab penamatan nyawa ini biasanya kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani.
Kejadian membunuh diri ini lazimnya berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan sama ada dari segi mental atau fizikal. Mereka ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras. Mereka ini juga selalunya daripada individu yang bermasalah seperti masalah dalam keluarga, putus cinta, dan sebagainya.
Bagi semua agama, membunuh diri dianggap tidak baik. Malah, menurut kitab Islam, Kristian, dan Yahudi, membunuh diri adalah satu dosa besar.
See, bukan Islam jea yang melarang umat dia bunuh diri. Malah agama lain pun. Yelaah, hidup dan mati semua dah ditetapkan. Mungkin esok, lusa, kejap lagi. Mana tahu. Wallahua'lam. Aku bercakap bukan dari sudut nak ceramah agama ke apa (ilmu pun tak cukup), tapi aku bercakap dari sudut seorang manusia yang mempunyai akal yang waras.
Korang terfikir tak kenapa mereka-mereka nih membunuh diri ? Aku rasa sebab yang utama dah sah-sahlah STRESS yang melampau. Stress dengan pakwe makwe laah, family lah study bagai semua.
So bila aku buat online research, banyak penyebab orang bunuh diri.
Antaranya :
Stress
Too perfectionism
Mempunyai masalah mental
Kaya
Masalah family
Too perfectionism
Mempunyai masalah mental
Kaya
Masalah family
Nih antara point yg aku masukkan utk presentation. Yg no 4 tuh macam pelik kan. But seriously it happened ! Yelaahhh, bila dah kaya, hidup sempurna, nak apa semua dapat. Tade challenges dalam life langsung. So bila ada masalah sikit, mula lah tak boleh na control. Maka berlakunya lah bunuh diri.
Prevention is always better than cure. So fikir-fikirkan, renung-renungkan selamat beramal ! :)